Catatan Popular

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bagai mana menjala udang yang, sekali buang jala, sekilo ekor udang..?

Selamat membaca dan semoga apa yang anda cari, terjawab di sini.
Hanya dengan isi kelapa yang di parut di campur dengan belacan,
anda pasti dapat banyak udang dengan sekali jatuhan jala.

      Disini saya ada sedikit petua, cara untuk mendapat banyak udang dalam sekali jatuhan jala anda...
Caranya dengan mengumpan udang terlebih dulu sebelum anda menjalanya... Dan umpannya, ambil isi kelapa tua yang dah di parut, kemudian cmpurkan dengan belacan. Gaulkan sehingga sebati. bawalah dan buangkan lah kedalam di mana tempat anda nak jatuhkan jala. kerana udang sangat sesitif dengan bauh kelapa bercampur belacan... Udanag pasti datang berduyun-duyun mendapatkan kelapa bercampur belacan yang anda jadikan umpan... 
         Sekiranya sungai dimana anda menjala itu berarus, gunalah tanah liat. Caranya, ambil tanah liat dan bulatkan sebesar genggaman tangan anda. Dan lekatkan umpan anda di seluruh permukaan tanah liat itu tadi dan buangkan lah ke sungai.. Ini adalah supaya umpan tadi terkumpul di satu tempat. Maka udang yang hendak memakan umpan itupun, menjadi satu tempat. Maka senanglah saudara menjalanya... Umpan kelapa yang di campur gaulkan dengan belacan, bukan sekadar udang yang memakannya. Tetapi Ikan yang di panggil Ikan ubi, juga, memakannya. Tidak terkecuali ikan lampam jawa.... Ini bukan rekaan semata, tetapi saya dah banyak kali mencobanya. Dan hasilnya memang memuaskan..
           Walau bagai mana pun, reziki tetap reziki. Ini sekadar petua dari pengalaman saya...
Namun tidak salah untuk anda mencobanya... Selamat mencoba dan terima kasih... Jumpa lagi dalam petua yang lain pula...


                                                                                                                 Songlin Odonglin 

3 ulasan:

  1. Untuk udang laut boleh guna cara ini tak....?

    BalasPadam
  2. Tq kongsi bor... Kalau udang air masin bleh try dengan beras yg Di masak tanpa bercampur air biarkan hingga warna beras berubah Dan berbau hangit sedikit,kemudian campurkan makanan ayam gaul dengan sedikit air hingga sebati.. Peram selama 3 jam... Bila dh nak turun menjala try lah insya Allah..rezeki ada Di mana2 selamat mencoba.. Ws

    BalasPadam
  3. Tq kongsi bor... Kalau udang air masin bleh try dengan beras yg Di masak tanpa bercampur air biarkan hingga warna beras berubah Dan berbau hangit sedikit,kemudian campurkan makanan ayam gaul dengan sedikit air hingga sebati.. Peram selama 3 jam... Bila dh nak turun menjala try lah insya Allah..rezeki ada Di mana2 selamat mencoba.. Ws

    BalasPadam